1. Sedia berkhidmat di imtaz
2. Hendaklah menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dan pengajian kitab di imtaz.
3. Hendaklah mematuhi segala peraturan-peraturan dan tindakan disiplin yang diambil oleh pihak institusi didalam mendidik akhlak dan adab serta hafazan
4. Ibubapa/Penjaga/ Pelajar hendaklah redha dengan sepenuh hati dan tidak mempertikaikan segala tindakan disiplin yang diambil oleh pihak institusi keatas pelajar.
5. Semua pelajar wajib mengikuti semua program yang melibatkan pihak institusi.
6. Segala permasalahan pelajar mestilah dimaklumkan kepada pihak institusi.
7. Dilarang membawa alat-alat elektronik seperti telefon bimbit/walkman/MP3@MP4/ PSP/dan segala yang berkaitan dengan media hiburan.
8. Barang-barang yang dirampas oleh pihak institusi cuma akan dipulangkan setelah tamat pengajian.
9. Ibubapa/Penjaga/ Pelajar wajib mematuhi arahan guru selagi tidak melanggar syarak.
10. Cuti hanya setahun sekali iaitu pada hari Raya Aidil Fitri selama 10 hari sahaja, cuti tambahan cuma dibenarkan apabila ada sebab-sebab kecemasan yang dapat diterima oleh pihak institusi
11. Ibubapa/Penjaga dibenarkan menziarahi anak mereka 2 minggu sekali setiap bulan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kebenaran keluar cuma diberikan setiap bulan sekali selama 5 jam. (tidak dibenarkan pulang kerumah)
12. Kebenaran bercuti dan permohonan keluar hendaklah melalui permohonan bertulis dengan borang permohonan yang disahkan. Tindakan disiplin akan diambil kepada para pelajar yang melebihi had masa yang telah ditetapkan oleh pihak institusi.
13. Tapisan pelajar akan dilakukan pada setiap hujung tahun berdasarkan rekod prestasi hafazan, akhlak dan seluruhnya.
14. Yuran pendaftaran sebanyak RM700.00 dan RM270.00 yuran bulanan.
15. Yuran hendaklah dijelaskan sebelum setiap 5 haribulan.