Sejarah Ringkas IMTAZ


Institut Maahad Tahfiz Al-Azim atau IMTAZ telah dirancang penubuhannya pada pertengahan bulan September 2007 iaitu pada awal bulan Ramadhan tahun 1428H antara Encik Murad bin Shahrin bersama dengan dua orang Imam Al-Hafiz yang kebetulan dijemput menjadi Imam tarawikh di surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri. Setelah melalui proses perbincangan yang panjang lebar, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi guru pembimbing di Institut ini.


Guru tersebut ialah Ustaz Abu Bakar@Ali bin Omar yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Darul Musthofa, Hadramaut, Tarim, Yaman selama empat tahun dan telah terlibat dalam bidang hafiz selama tujuh tahun. Seterusnya ialah Ustaz Abdul Azim bin Adnan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Darul Quran dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang Sains Biologi.

Seorang lagi guru tambahan ialah Ustaz Mohd Afif Bin Nasaruddin yang sedang dalam bercuti daripada pengajiannya di Darul Musthofa, Yaman . Di dalam kesempatan ini beliau telah bersetuju untuk meluangkan masanya untuk berkhidmat dengan pihak Institut.


Insya-Allah jika tiada aral melintang Institut Maahad Tahfiz Al-Azim(IMTAZ) akan mula beroperasi pada 6 Januari tahun 2008 bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1428H. Institut ini menerima pelajar yang ingin menghafal Al-Quran sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Adapun bagi pelajar yang sepenuh masa ialah RM250 sebulan.


Manakala yuran yang telah dipersetujui untuk kelas Intensif ialah RM50 & kelas malam ialah RM 30 sahaja sebulan.


*Had umur

Institut ini menerima pelajar dari had umur 11 hingga 20 tahununtuk tahfiz sahaja. Adapun bawah daripada umur tersebut jika ada ibu bapa yang ingin memasukkan anaknya bolehlah dibawa berbincang dengan pihak Institut terlebih dahulu. Insya-Allah pihak Institut sedia membuat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya.